Sunday, October 22, 2017

Mari Mari Cultural Village @ Sabah


Mari-Mari Cultural Village membolehkan pengunjung melihat cara hidup, budaya 
dan rumah pelbagai suku kaum di Sabah.
Antara rumah yang tersedia termasuk  Rumah 
Bidayuh, Bajau, Kadazan, Murut dan Dusun.
Desa budaya ini terletak di tengah-tengah lingkungan hutan 
terpencil di Inanam sekitar 25 km dari Kota Kinabalu.
Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan 
 tarian kebudayaan pelbagai etnik Sabah di sini.
Harga tiket yang dikenakan ialah:
Rakyat Malaysia = Non-Malaysia
Dewasa RM140 RM160
Knak-Kanak (5-11 tahun) RM110 RM140
Selamat berkunjung.

Sunday, October 15, 2017

Roti Nan Kapitan @ Penang


Restoran Kapitan di Pulau 
Pinang terkenal dengan pelanggannya.
Antara menu menarik yang menjadi sebutan 
di samping Nasi Briyaninya ialah Roti Nannya.
Ia boleh dikunjungi di No. 93, Lebuh 
Chulia, Georgetown, Pulau Pinang.
Restoran ini juga memang popular dengan Nasi Briyaninya.
  
Lihat blog sebelum ini mengenainya @ Nasi Briyani Kapitan.

Tuesday, October 10, 2017

Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary @ Sandakan


Labuk Bay Proboscis Monkey Sanctuary menawarkan satu 
 kawasan pemeliharaan Monyet Belanda (Proboscis Monkey).
 Pengunjung yang ingin melihat 
haiwan ini secara dekat boleh ke sini. 
Ia terletak di tengah-tengah hutan bakau di sepanjang kawasan berhampiran  Kampung Samawang di Labuk Bay, Sandakan.

Pengembaraan melalui sungai juga boleh diaturkan untuk melihat Monyet Belanda dengan lebih dekat serta jenis monyet lain.


Jadual pemerhatian ialah:
11.30 pagi – 1.30 petang
& 4.30 petang – 6.00 petang
 Proboscis Monkey Sanctuary terletak  38 km dari Lapangan Terbang Sandakan dan mengambil masa  sejam untuk sampai ke tempat ini.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...