Tuesday, January 27, 2015

Berkunjung ke Munich - Germany



Kota Munich memilikki bangunan klasik yang menarik. Terdapat banyak bangunan  tua yang terjaga rapi. 



Munich memiliki ciri khas yang berbeda dengan 
kebanyakan kotametropolitan lain di dunia kerana tidak banyak bangunan pencakar langit.




Marienplatz  pula merupakan pusat 
kota Munich sejak tahun 1158.

Ia merupakan pusat membeli-belah bagi 
penduduk setempat serta para pelancong.


Bagi pengunjung Islam ke Munich, terdapat banyak 
restoran halal yang tersedia khususnya daripada jenis makanan Lebanon atau Turkey.

Selamat berkunjung.

Tuesday, January 13, 2015

Pasar Harian Viktualienmarkt @ Munich, Germany



Viktualienmarkt  merupakan satu lokasi menarik untuk dikunjungi sekiranaya Anda berada di Munich, Germany. Pasar harian ini turut menjadi  tarikan pelancong kerana ia menawarkan pelbagai jenis bahan makanan.

Pasar yang terletak di kawasan 22,000 meter persegi tidak hanya menjual buah, sayur dan keperluan seharian malah turut menawarkan bunga, daging, ikan, keju dan barangan keperluan dapur.







Ia terletak di Pusat kota Munich 
berhampiran dengan Marienplatz.


Pada mulanya pasar ini terletak di Marienplatz, Munich  tetapi kerana ia berkembang sebegitu pesat, King Maximilian1 menitahkan supaya lokasi pasar harian itu dipindahkan  ke kawasan berhampiran pada tahun 1807.



Ia dibuka sepanjang tahun setiap hari Isnin hingga Sabtu.



Di sini, selain berbelanja, para pengunjung juga 
berpeluang berinteraksi dengan penduduk setempat.



Selamat berkunjung
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...