Friday, August 3, 2012

Bazar Ramadan 2012 @ Shah Alam - Bhg. 2


Pelbagai jenis nasi boleh boleh diperolehi ketika 
anda berkunjung ke bazar ramadan di Shah Alam.
Di samping pelbagai menu yang ad, anda boleh membuat 
pilihan dengan pelbagai jenis nasi yang tersedia.

Antara gerai yang popular di Shah Alam ini ialah
Gerai Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah & Briyani Ghafur.
Nasi Beriyani, Nasi kukus, Nasi Lemak, Nasi Ayam,
Nasi Ambang adalah antara menu nasi yang tersedia.
Pelbagai jenis Mee juga boleh ditemui di sini. 
Tepuk dada tanyalah selera.
Atau anda meminati Rojak Singapura 
yang turut tersedia bagi peminatnya.
Pelbagai hidangan lain turut 
tersedia bergantung dengan selera anda.
Pelbagai jenis masakan grill boleh ditemui sama 
ada daging, ikan, ayam dan pelbagai jenis hidangan lain.
Ratu bom, murtabak dan keropok lekor adalah 
antara makananbergoreng yang boleh dicuba.
Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...