Wednesday, February 8, 2012

Steak The Butcher @ Syamille, USJ



Hidangan steak dan daging panggang adalah antara masakan 
barat yang popular dan digemari di kalangan rakyat Malaysia. 

Pilihan menu seumpama ini pastinya menawarkan kelainan 
daripada hidangan nasi - makanan rutin rakyat negara ini.
Untuk mencuba steak, apa kata berkunjung ke,
The Butcher @ Syamille di Jalan USJ 21/11, Subang Jaya.


Bahan mentah daging kambing dan lembu diperolehi secara terus
dari ladang ternakan pemilik restoran, Mohd Zainuri di Syamille Agro
Farm & Resort di Kampung Chuar Hulu, Kati, Kuala Kangsar.
Sebagai penambah perisa kepada  menu steak ini dihidangkan bersama
tiga jenis pilihan sos iaitu sos lada hitam, coklat dan sos cendawan putih.


Beberapa menu lain turut disediakan seperti ikan yellow panggang,
jejari kentang, kentang putar, piza, pasta, coleslaw dan juga kebab.
Selamat berkunjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...