Sunday, December 25, 2011

United Buddy Bears di Pavilion, KL


Pameran UNITED BUDDY BEARS  yang memberi fokus untuk
membantu kanak-kanak yang memerlukan kini berada di Malaysia.


Ia dipamerkan berhadapan kompleks belibelah Pavilion, Bukit Bintang.
Pelbagai aktiviti  memungut derma diadakan sempena pameran 
 yang bermula  8 Disember hingga 15 Februari 2011.
Patung  Buddy Bear Malaysia diilhamkan oleh artis IMUDA. Lakarannya menggambarkan kepelbagaian kaum Malaysia, budaya serta Flora & Fauna Malaysia.

Setiap patung yang dipamerkan melambangkan karya kreatif artis negara masing
-masing yang melambangkan kekayaan budaya, sejarah dan tradisinya. 
Pameran ini disokong oleh Kementerian Luar, DBKL, Tourism 
Malaysia, Bank Pembangunan, Kontena Nasional, Pavilion, 
JW Mariott dan Tesco. Ia adalah anjuran bersama  Jojo Events 
dan E-Plus Entertainment Productions. 

Sebelum ini, pameran ini diadakan di Helsinki & Astana pada 1010.
 Sebelum ke Malaysia pameran ini diadakan di Berlin & Sofia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...