Thursday, October 6, 2011

Tokyo Street @ Pavilion


Sekiranya Anda mahukan pengalaman berada di Tokyo tanpa ke sana, Anda hanya
perlu singgah di Pavilion Kuala Lumpur. Kompleks membelibelah itu memperkenalkan
konsep jualan runcit Tokyo Street sejak Julai lalu.
Tokyo Street boleh dikunjungi di tingkat 6 Pavillion Kuala Lumpur.
Ia membantu memberikan variasi tambahan bagi memenuhi trend
pengguna Lembah Klang dan antarabangsa yang sentiasa berubah-ubah.
Rekabentuk Tokyo Street diinpirasikan dari sebuah daerah bernama
Asakusa, di Tokyo, Jepun. Ia menggabungkan konsep bandar
kosmopolitan dengan warisan budaya tradisi negara matahari terbit itu.
Kepelbagaian di pusat membelibelah ini bukan sahaja menarik lebih ramai
pengunjung tempatan malah pelancong asing yang boleh merasai makanan Jepun,
seni budayanya serta kehidupan komuniti Jepun di Malaysia.
Pavillion terletak di kawasan Bukit Bintang, Kuala Lumpur yang
menjadi pusat belibelah pelbagai produk berjenama dari seluruh dunia.

* Lihat juga lamanweb Tokyo Street Pavilion.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...