Monday, September 12, 2011

Tarbush @ Empire Gallery, Subang Jaya

Makanan Arab kini semakin popular di kalangan masayarakat setempat.
Antara restoran yang boleh ditemui di banyak tempat ialah Tarbush.
Tarbush menawarkan pelbagai menu makanan tradisional dari rantau Asia Barat.
Kebanyakan makanan yang ditawarkan adalah makanan tradisi masyarakat
Arab yang kaya dengan keenakan rempah ratus terpilih dari Asia Barat.
Hidangan utama yang ditawarkan restoran ini adalah hidangan
nasi beriani dengan campuran daging kambing atau ayam panggang ala Tarbush.
Anda boleh mengunjungi Tarbush di Empire Gallery di alamat
LG36 Lower Ground.
Waktu operasi: Isnin hingga Ahad (termasuk cuti umum) 10am to 10pm
Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tarbush.com.my/


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...