Monday, August 22, 2011

Promosi Raya 2011 @ Pavilion, KL.

Pusat membelibelah paling popular di Kuala Lumpur
tidak ketinggalan menganjurkan promosi Hari raya tahun ini.
Promosi itu bermula 10 Ogos dan berakhir pada 4 September 2011.
Penghuni kota dan persekitarannya boleh berkunjung ke pusat membeli belah
ini di samping dihiburkan dengan persembahan khas sempena Ramadan & Aidilfitri.
Apa yang agak menghairankan ialah pilihan warna merah sebagai tema promosi tahun ini.
Sekali imbas para pengunjung boleh merasakan seperti merayakan Tahun Baru China.
Warna merah yang dipilih menengelamkan aura perayaan Ramadan & Aidilfitri.
Ikuti juga blog sebelum ini :Promosi Raya 2009 - Pavilion

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...