Saturday, July 9, 2011

Jom ke Kota Iskandar, JB






Kota Iskandar kini menjadi lambang kemegahan rakyat Johor.

Dengan seni bina yang menarik dan unik, Kota Iskandar kini menjadi pusat pentadbiran baru kerajaan negeri yang serba moden menggantikan Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan.
Kota Iskandar juga amat strategik kerana terletak di dalam lingkungan tumpuan kegiatan ekonomi Iskandar Malaysia.
Bangunan yang terletak di kawasan 130 hektar ini turut dibina dengan tidak mengenepikan unsur-unsur warisan dan budaya tempatan.
Prasarana yang moden, selesa dan menarik juga menjadi pelengkap kepada Kota Iskandar.

Reka bentuk bangunan, landskap dan persekitarannya menggabungkan ciri-ciri Bangunan Sultan Ibrahim di Bukit Timbalan, seni bina Istana Alhambra di Granada (kurun ke-14) dan Moor Andalusia serta rumah tradisional Johor pada kurun ke-19.
Susun atur bangunan dan ruang dalamannya memberikan imej pentadbiran yang sistematik, dan sekali gus mewujudkan persekitaran bekerja yang kundusif untuk kakitangan awam.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...