Friday, June 17, 2011

Buah Tepi Jalan @ Sekinchan

Sekiranya anda dalam perjalanan dari Kuala Selangor ke Klang, pastikan anda singgah ditepi jalan untuk membeli pelbagai jenis buah-buahan untuk dibawa pulang.
Sepanjang jalan khususnya di mana perkampungan Melayu wujud, pastinya anda boleh temui mereka yang menjual pelbagai jenis buah-buahan.
Di samping itu anda juga boleh membeli bahan makanan lain seperti jagung,
keladi, sukun dan pelbagai jenis lagi untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh.
Lazimnya anda boleh menemui gerai-gerai menjual buah ini berhampiran perkampungan Melayu yang mendiami kawasan pertanian seperti padi dan kelapa.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...