Friday, May 6, 2011

Taman Paya Bakau @ Lumut


Taman Paya Bakau, Lumut di Sri Manjung terletak terletak di antara jalan Ipoh – Lumut dan lebih kurang 10 minit perjalanan dari Bandar Lumut.

Taman ini mula dibina pada bulan Mei 1994 dan dibuka kepada umum pada bulan Januari 1995.

Pada tahun 2005, taman ini telah diselenggara dan ubahsuai. Ia mempunyai laluan sepanjang 366 meter dan selebar 6 kaki yang merentasi hutan paya bakau. Di hujungnya didirikan 2 buah pondok untuk para pengunjung beristirehat.

Di sepanjang laluan ini pengunjung dapat menghayati keindahan alam semulajadi hutan paya bakau dan melihat sendiri hidupan yang ada di paya bakau berkenaan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...