Friday, May 20, 2011

Masjid Bandar Diraja Klang



Masjid Bandar Diraja Klang kini menjadi mercu tanda di Klang apabila ia siap dibina pada 21 Ogos 2009. Dengan nama asalnya Masjid Klang Utara, masjid yang berkeluasan 0.72 hektar dan dibina dengan kos keseluruhan sebanyak RM24.3 juta ini boleh menampung 1,500 jemaah pada satu-satu masa.


Masjid ini dirasmikan dan diberi nama baru (Masjid Bandar Diraja Klang) oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sempena keputeraan baginda yang ke-64.
Masjid ini mula dibina pada 30 Ogos 2003 bagi mengatasi masalah limpahan jemaah di Masjid India dan Masjid Sultan Sulaiman, Klang.

Masjid ini mempunyai dewan solat utama dan dilengkapi kemudahan bilik pejabat, bilik-bilik kuliah, ruangan solat luar yang boleh menampung 1,300 orang, bilik pengurusan jenazah dan ruang penyediaan makanan.


Pembinaan masjid itu juga selaras dengan pembangunan pesat yang dilaksanakan di bandar Klang di samping memberikan kemudahan tempat beribadat yang lebih selesa kepada masyarakat Islam setempat.Tapak masjid ini juga amat strategik kerana terletak di tengah pusat bandar.

Kawasan sekitar masjid juga kini dibangunkan secara komprehensif termasuk kawasan Pasar Jawa yang sedia ada.
Kawasan komersil dan ruang perniagaan juga tersedia untuk para peniaga Islam di sekeliling kawasan masjid ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...