Saturday, May 14, 2011

Jom ke Bandar Maharani, Muar, Johor

Bandar Muar memilikki banyak bangunan bersejarah dan menjadi tarikan kepada para pelancong khususnya yang meminati bidang rekabentuk bangunan.
Sekiranya anda berkunjung ke bandar ini, pastikan anda mengunjungi Masjid Jamek Sultan Ibrahim Muar.
Pada 1925, kerja-kerja membangunkan Masjid jamek Sultan Ibrahim dimulakan. 5 tahun kemudian masjid ini berjaya disiapkan.
Bangunan Kastam yang terletak di Jalan Maharani dibina dalam tahun 1909. Satu ketika dulu Muar pernah menjadi pusat pelabuhan dan mempunyai terminal keretapi.
Sebuah bangunan yang bercirikan neo-klasik ialah Bangunan Sultan Abu Bakar yang terletak di Jalan Petrie. Bangunan itu kini dijadikan Pejabat Tanah Muar.
Muar turut dikenali sebagai Bandar Maharani, nama yang diberikan oleh Maharaja Abu Bakar pada 1884. Selama bertahun-tahun Muar adalah bandar yang kedua terbesar di Johor. Kedudukanya kini iambil alih oleh Batu Pahat.

6 comments:

  1. homaigod!! kampung aku pun masuk sekali dalam blog ni la weh!! heyvattt!!!

    ReplyDelete
  2. mee bandung muar yg sedap kat satu kedai depan stesyen bas bentayan muar kat gerai tu ada jual sate gak... org muar mkn sate watu pagi...

    ReplyDelete
  3. bando muo ketinggalan kat bp dan segamat.Dato DO kena buat sesuatu le.Camna pun warga muo bertambah erat bersatu.

    ReplyDelete
  4. pembangunan ekonomi muar terbantut disebabkan sistem pengangkutan yang tak efektif dan ketinggalan zaman..
    harap penduduk muar sekali lagi menghukum umno dan bn dalam pru akan datang malah diharapkan dengan lebih dahsyat lagi..
    masa pru 2008, pakatan rakyat menang 3 kerusi dun dan 1 parlimen..

    ReplyDelete
  5. Klu kita nk sokong p.r,dapatkh mereka mngubah sistem pnggkutan kita spt yg diperkatakn oleh saudara?klu benarlah,saya akan menyokong p.r demi ms dpn muar wpun ati sy pd umno

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...