Wednesday, March 30, 2011

Hard Rock Penang


Hard Rock Hotel Pulau Pinang terletak di pantai peranginan Batu Feringghi.
Hotel berkonsepkan kontemporari dan moden serta berteras muzika
era 60-an itu menjadi satu lagi bangunan mercutanda di Pulau Pinang.
Di pintu masuk hotel, lampu berwarna-warni berlogo Hotel Hard Rock menemui pengunjung.
Hiasan karikatur kumpulan The Beatle turut dihiasi di batu marmar dinding hotel.
Hotel muzikal permata itu dibina setinggi enam tingkat dengan menempatkan 250 buah bilik dan suite berhadapan laut.

Pelbagai kemudahan khusus tersedia untuk kanak-kanak.
Antaranya kolam renang seluas 26,000 kaki persegi,
Rock Spa, Lil’ Kids Club, Teens Club, pusat gimnasium
dan gerai cenderamata.


Pengunjung juga boleh bersantai di Hard Rock Cafe . Pada waktu tertentu
persembahan band-band rock atau artis rock jemputan turut disediakan.

Monday, March 28, 2011

Kafe Cheechah @ Dataran Sunway


Kafe Cheechah menyajikan hidangan ringan sesuai dengan selera tempatan.
Kafe ini mengutarakan konsep menghidangkan makanan ringkas tetapi sedap serta
membuatkan seseorang ingin datang lagi di samping menarik pelanggan baru.
Cafe Cheechah terletak di No 2-1 (Ground Floor), Jln PJU 5/4, Dataran Sunway, Kota Damansara, Selangor.
Cheechah yang bermaksud colek, ialah makanan yang dimakan dengan mencecah sos atau kuah. Pengurusan Cafe ini memilih nama Cheechah dengan ejaan yang dikomersialkan bagi menggambarkan hidangan ringan yang ditawarkan restoran ini. Ia menawarkan pebagai jenis menu menarik yang pastinya menawan selera para pelanggan.
Para pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis menu hidangan dalam suasana
santai bersama keluarga, rakan atau berbincang urusan perniagaan.
Ikuti link berikut untuk maklumat lanjut mengenai Cafe ini.

Saturday, March 26, 2011

Jom ke Paris


Sekiranya anda berkunjung ke Paris dan kesuntukan masa, antara langkah terbaik ialah dengan mengikuti Seine River Cruise. Air Asia kini menawarkan penerbangan ke destinasi itu.

Dengan cara ini anda boleh menikmati keindahan kota Paris dari pemandangan sepanjang Sungai. Sekiranya anda ada pilihan, kunjungan di sebelah malam pastinya lebih menarik.

Antara tempat yang dilalui termasuk Bangunan Kementerian Luar Negeri, Military Square, Akademi Seni Paris, dan tempat lain yang sangat cantik bangunannya. Perjalanan mengambil masa 1 jam 10 minit.

The Seine dibatasi oleh dermaga yang indah dan di seberangi oleh banyak jambatan lama.

Kenangan paling indah pastinya mencoba Dinner Cruise sambil menikmati keindahan Paris di waktu malam.y

Antara tempat menarik lain yang wajar dikinjungi ialah melawat Champs Elysees, Arc de Triomphe dan Eiffel Tower.

Thursday, March 24, 2011

Nasi Padang SEDERHANA @ Jakarta


Restoran SEDERHANA menyajikan menu masakan khas Padang. Lazimnya, ia menjadi pusat kunjungan sewaktu makan tengahari di mana pengunjungnya adalah golongan profesional yang bekerja di pejabat berhampiran.

Premisnya agak luas dan dilengkapi dengan kelengkapan lain seperti bilik VIP yang memuatkan 30 orang. Ia juga turut menerima tempahan untuk upacara khusus seperti pesta harijadi, Hariraya dll.

Restoran Padang SEDERHANA boleh ditemui di beberapa lokasi di Jakarta dan ia beroperasi sejak tahun 1972.

Antara menu utamanya termasuk Rendang, Gulai Tunjang atau Kikil, Dendeng Batokok atau Daging yang digoreng atau dibakar dan diketok, Gulai Kepala Ikan, Gulai Jengkol dan lain-lain.

Bagi mereka yang mahu mengunjungi restoran Sederhana di Jakarta, mereka boleh menemuinya di lokasi berikut :

* Restoran Sederhana

8 Jl. Achmad Yani, Bekasi Barat 17148, Indonesia

* Restoran Sederhana Bintaro

Jalan Gandaria Tengah 3, Jakarta 12240, Indonesia

* Rumah Makan Sederhana Ampera Raya

Jalan Ampera Raya, Jakarta 12410, Indonesia

+62 21 78840042 ‎

* Masakan Padang Restoran Sederhana

Jalan Mampang Prapatan, Jakarta 12710, Indonesia

* Restoran Sederhana Pondok Indah

Jalan Utan Kayu, Jakarta 10440, Indonesia

+62 21 8519588 ‎

* Restoran Sederhana Mangga Besar

Jalan Mangga Besar Raya, Jakarta 11180, Indonesia

+62 21 6121751 ‎

* Restoran Sederhana Baru

Jalan Kemanggisan, Jakarta 11530, Indonesia

* Restoran Sederhana Kebayoran Lama Utara -

Jalan Radio Dalam Raya, Jakarta 12240, Indonesia

* Restoran Sederhana Pondok Pinang

Jalan Fatmawati, Jakarta 12310, Indonesia

* Restoran Sederhana Gandaria Selatan

Jalan Fatmawati, Jakarta 12420, Indonesia

Selamat Mencuba.

Tuesday, March 22, 2011

Bagel & Coffee Station @ Plaza Damas, KL


Bagel Coffee Station Terletak di Hartamas Shopping Center, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1, Sri Hartamas, KL.
Restoran ini menawarkan pelbagai jenis Bagel lembut sepertimana yang terdapat di restoran-restoran di Eropah.
Menu-menu yang tersedia sesuai untuk sarapan pagi, minum petang serta juga untuk makan tengahari.
Set-set yang ditawarkan adalah pelbagai bersesuaian dengan pemilihan dan selera para pelanggan.
Selamat Mencuba.

Sunday, March 20, 2011

Kway Teow Ban-J @ Shah Alam




Restoran yang terletak di Laman Seri Business Park, menjadikan Kway Teow sebagai menu istimewanya. Resipi Khas dari Kuala Kangsar ini diilhamkan oleh Tuan Haji Saliman dan anaknya Noor Firdaus.

Restoran ini turut menyediakan menu lain seperti Ikan Bakar, Nasi Goreng, Mee Goreng, dan pelbagai jenis Masakan Barat seperti Chicken Chop & Fish & Chip.
Waktu perniagaan ialah jam 10.30 pagi hingga 10.30 malam pada hari Isnin hingga Khamis & 2.30 petang hingga 11.30 malam pada hari Jumaat hingga Ahad.
Anda boleh mengunjungi Restoran ini di alamat berikut:
G-12, Block 2, Laman Seri Business Park,
Persiaran Sukan, Seksyen 13,
40,100, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03-55191690.

Untuk maklumat lanjut layari laman web berikut : http://www.ban-j.com/

Friday, March 18, 2011

Keunikan Padi di Tegalalang, BALI


Bali merupakan sebuah pulau yang terkenal kerana keindahan alamnya, budayanya, keseniannya, serta kemesraan penduduknya. Berjuta juta pelancong mengunjungi Bali setiap tahun untuk menikmati keindahannya.
Bali juga terkenal sebagai syurga membelibelah khususnya cenderahati kerana keunikan hasil kerjatangan penduduknya.
Di samping membelibelah serta kegiatan budaya yang istimewa, Bali juga menawarkan keindahan semulajadi yang indah.
Antara tempat menarik ini ialah kawasan sawah padi di Tegalalang.
Kawasan padi teres ini kelihatan seperti sebuah lukisan.
Tegalalang terletak di bahagian Utara Ubud di Kabupaten Gianyar. Ia merupakan sebuah daerah yang banyak menghasilkan kerja kraftanganyang diperbuat daripada kayu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...