Saturday, December 4, 2010

Pisang Bakar @ Pantai Losari, Makasar


Sekiranya anda ke Makasar, Sulawesi Selatan, Indonesia, pastikan anda ke Pantai Losari. Antara makanan yang terkenal di Pantai Losari ialah Pisang Epe iaitu pisang bakar dengan pelbagai rasa seperti coklat, durian atau keju.
Satu pesanan (porsi) Pisang Epe dijual sekitar RP 8.000 berisi empat biji pisang. Para penjual pisang Epe ini hanya berjualan pada sebelah malam apabila Pantai Losari menjadi tumpuan pengunjung.

Kedudukan Pantai Losari agak strategik kerana di seberang jalan berhampiran terdapat beberapa hotel pelbagai kelas seperti Hotel Aston, Hotel Quality, Hotel MGM, Hotel Losari Beach dan Hotel Aryadutta.
Satu lagi bentuk hiburan di Pantai Losari ialah penyanyi jalanan atau dipanggil Pengamen di sini.
Mereka menghiburkan pengunjung dengan mendendangkan beberapa lagu dan kemudiannya mengharapkan pemberian daripada mereka. Bagi sesetengah pihak, jumlahnya yang sebegitu ramai di kawasan ini kadangkala agak meresahkan pengunjung.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...