Friday, September 17, 2010

Burasak di pagi Raya


Burasak - sejenis makanan orang-orang Bugis yang lazimnya tersedia pada hari perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri atau Hari Raya Korban.

Beras wangi yang di buat seperti nasi lemak ini di bungkus dengan helaian daun pucuk pisang muda kemudian diratakan menjadi satu bungkusan kecil. Ia disusun 4 atau 5 keping dibungkus sekali dan diikat dengan kemasan tali dan kemudianya direbus lebih daripada 5 jam.

Di Malaysia, Burasak hanya boleh didapati ketika Aidilfitri & Aidiladha tidak sepertimana di Sulawesi Selatan. Di sana Burasak boleh didapati setiap pagi di kebanyakan gerai yang menyediakan sarapan pagi.

Lepak Eloi pula berbentuk segitiga dengan bungkusanyang lebih kecil dan di susun menjadi bentuk bulat di dalam daun pisang yang di ikat rapi.

Untuk hasil yang baik dan mampu bertahan untuk disimpan beberapa hari memerlukan masa rebusan lebih 6 jam.

Lazimnya Burasak dan Lepak Eloi lebih sedap dan sesuai dimakan bersama ikan parang. Ia akan terlebih istimewa sekirnya ia dimakan bersama Asam Pedas Ikan Parang yang dimasak Meti -Masakan cili direbus kering. Ia dimasak sehingga tulang-tulangnya menjadi lembut seperti tulang ikan sardin. Ia juga boleh dimakan bersama lauk pauk lain seperti rendang ayam, rendang daging dan lain-lain.

* Lihat Resipi Membuat Burasak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...