Saturday, October 17, 2009

Ali Cafe di Bangsar



Restoran Ali Café yang terletak bersebelahan Balai Bomba di Jalan Pantai Baru, di KL adalah lokasi tumpuan sejumlah besar pelajar Universiti Malaya yang tinggal berhampiran. Ia menawarkan pelbagai makanan Malaysia dan pengkhususnnya ialah makanan ala-Thai atau tomyamnya.

Sekiranya anda berpeluang ke sana apa kata cuba pelbagai jenis makanan ala-Thainya seperti masakan ikan tiga rasa, daging masak merah, telur bungkus, ayam goreng kunyit dan makanan ala–Thai lain.
Anda jua boleh memesan makanan yang lebih mudah dan murah seperti Nasi Paprik sama ada perasa campur, ayam, daging mahupun udang.
Harganya juga adalah berpatutan dan tidak hairanlah restoran ini terus menerima kunjungan para pelanggan khususnya pada waktu puncak pada waktu makan tengahari dan makan malam.

2 comments:

  1. mahal nak mampusss.............

    ReplyDelete
  2. lmau suam pn 2.50..kdi mamak yg mhl pn jual sgit je..pk la blik jgn nk untg lbh je...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...