Sunday, September 6, 2009

Murtabak RAFI Kg.Melayu,JB

Murtabak adalah antara makanan yang sentiasa terus popular,
diminati dan sesuai dimakan pada bila-bila masa. Apatah lagi ketika bulan Ramadan ini.

Restoran RAFI di Kg. Melayu Majidee menawarkan Murtabak istimewa -

MURTABAK TOMOK KG. MELAYU - menjual Murtabaknya bermula jam 3 petang.


Sewaktu bulan puasa ini, kita dapat perhatikan peminat Murtabak Rafi berbaris

panjang untuk membeli Murtabak kegemaran mereka untuk bekalan berbuka.


Murtabak Ayam dijual dengan harga RM7.00 sementara Murtabak

Ayam Special berharga RM11.00.



Murtabak Tomok Kg. Melayu ini pastinya istimewa kerana setiap hari kita dapat

perhatikan orangramai mula berbaris seawal jam 3 petang untuk mendapatkannya.

1 comment:

  1. murtabak yg paling sedap di malaysia. rugi balik jb x singgah di sini. murtabak tempat lain x blh lawan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...