Tuesday, August 18, 2009

Pisang Abu di CAWAN



Pisang yang dulunya sejenis tumbuhan liar, kini telah berjaya di komersilkan. Di Malaysia, pelbagai jenis pisang boleh didapati dan sesuai untuk dimasak, digoreng dan diproses sebagai makanan ringan.
Antara jenis pisang itu ialah pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak. Pisang Abu adalah antara yang paling popular dan sedap untuk dijadikan goreng pisang.
Di Cafe Cawan, di Bangsar Baru, antara menu istimewa yang ditawarkan dan begitu popular ialah Pisang Abu Rebus. Jikalau anda memesannya khususnya untuk tujuan mencuci mulut-dessert, Pisang Abu akan disertakan bersama dengan sambal dan kelapa parut bergula. Anda boleh memilih untuk memakannya bersambal ataupun dengan kelapa berparut.
Cafe Cawan juga turut menyediakan pelbagai menu menarik terdiri daripada resipi tempatan mahupun antarabangsa. Anda boleh memesan pelbagai jenis Mee ataupun pelbagai jenis nasi seperti Nasi Dagang dan Nasi Lemak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...