Saturday, August 1, 2009

Nasi Tumpang @ Belanga


Pernahkah anda mendengar Nasi Tumpang... Nasi Tumpang adalah antara makanan jenis nasi yang popular di negeri pantai timur khususnya di Kelantan.

Sekiranya anda ingin merasa Nasi Tumpang, tak perlulah anda ke Pantai Timur untuk mencubanya. Apa kata anda singgah sahaja di Restoran Belanga di Mid Valley di ibunegara untuk mencuba Nasi Tumpang ini.

Nasi yang dimasak agak lembik dan dibungkus bersama dengan lauk-pauk seperti ikan, udang, telur dadar dan sambal. Pada masa dahulu Nasi Tumpang ini disediakan sebagai bekalan kepada nelayan yang turun ke laut.

Dalam bungkusan daun pisang yang tersedia, Nasi Tumpang kelihatan seperti nasi impit tetapi beradun pelbagai lauk pauk yang disatukan. Nasi ini dimasukkan ke dalam kelongsong daun pisangketika panas selepas dimasak.

Di bahagian atas, hujung yang besar - diletakkan lauk pauk, ada sambal pedas, potongan ikan tongkol dan serunding ikan. Nasi Tumpang sedap dimakan pada waktu sarapan sepertimana kita makan Nasi Lemak. Seperti juga Nasi Lemak, Nasi Tumpang sesuai dimakan pada bila-bila masa.

Di samping Nasi Tumpang yang istimewa bagi saya kerana keenakkan rasanya, pelanggan juga boleh mencuba pelbagai jenis makanan Kelantan di Restoran Belanga seperti Nasi Berlauk, Nasi Dagang dan pelbagai lagi.

Apa yang istimewa, Belanga juga menawarkan pelbagi manisan pencuci mulut seperti Lompat Tikam, dll.

1 comment:

  1. nasi tumpang ni ada x kt restoran belanga shah alam?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...