Tuesday, August 11, 2009

Tarbush - Makanan Arab



Jika anda menggemari hidangan Asia Barat, anda tidak perlu ke negara padang pasir itu semata-mata untuk menikmati hidangan yang enak lagi menyelerakan.

Anda hanya perlu ke Sunway Pyramid kerana restoran Tarbush menawarkan pelbagai makanan tradisional dari rantau Asia Barat itu.Anda juga boleh mengunjungi cawangan restoran itu yang terdapat di Jalan Bukit Bintang, Starhill Gallery dan di Pulau Pinang.

Kebanyakan makanan yang ditawarkan adalah makanan tradisi masyarakat Arab yang kaya dengan keenakan rempah ratus terpilih dari Asia Barat.
Hidangan utama yang ditawarkan restoran ini adalah hidangan nasi beriani dengan campuran daging kambing panggang ala Tarbush.

Anda juga boleh mencuba pelbagai hidangan pembuka selera seperti hommus tahina, mutabal, wara ainab dan falafel.
Tidak lengkap kiranya setiap hidangan tidak diakhiri dengan pencuci mulut. Baklawa dan hidangan buah-buahan disediakan bagi melengkapkan lagi hidangan anda.

Untuk maklumat lanjut, layari http://www.tarbush.com.my/
Alamat Restoran Tarbush
* Sunway Pyramid : LG2.123, OB South, Sunway Pyramid, No.3, Jalan PJS 11/15, Bandar Sunway,
46150 Petaling Jaya Selangor.
* Bukit Bintang : No. 138, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
* Starhill Gallery : No. LG 16, Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur.
*Penang :No 1, Lot 413, Batu Feringghi, Pulau Pinang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...