Friday, August 14, 2009

Kacang Putih Muzium


Sejak dulu lagi Kacang Putih memang popular khususnyha buat mereka yang memerlukan jajan ketika menonton wayang. Pada masa itu belum lagi wujud makanan ringan seperti pop corn yang begitu diminati oleh pengunjung pawagam di negara ini.
Kini, adalah agak sukar menemui penjual kacang putih di pawagam-pawagam tempatan.
Apa yang menariknya di Muzium Negara, Kuala Lumpur, dua penjual Kacang Putih boleh ditemui ketika pengunjung mula memasukki ke kawasan Muzium Negara.
Penjual Kacang Putih "Auntie" menyedikan pelbagai jenis kacangdi tempat yang begitu sederhana tetapi tersusunrapi dan kelihatan menarik.

Tahun bersilih ganti, zaman turut berubah. Harga Kacang Putih juga turut berubah. Kalau dahulunya harga Kacang Putih hanya10 sen, kini harganya telah meningkat sehingga RM2 sebungkus.

1 comment:

  1. Wah ni rare ni,saya lahir tahun 86 kalau jalan pergi muzium negara mesti beli kacang kat penjual kacang putih ni,tarikan dia sebab saya pelik tengok meja dia kecik boleh angkat angkat tu, tu selalu mesti kena beli sebab nak tengok cara dia bungkus,pembungkus dia tu yg hebat kertas surat khabar atau majalah je..kenangan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...