Monday, July 13, 2009

Taman Tamadun Islam

Taman Tamadun Islam adalah sebuah Taman Tema yang memaparkan keunikan koleksi monumen-monumen hasil senibina Islam yang tersohor dari seluruh dunia. Ia dirancang dengan pelbagai kemudahan dan tarikan bagi setiap lapisan umur dengan tema utama “education dan entertainment”.

Ia merupakan sebuah kembara interaktif monumen Islam di serata dunia. Ia memberikan pendidikan dan hiburan informatif tentang destinasi Islam dunia.

Terletak di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu, taman seluas 23 hektar ini adalah sebahagian daripada projek untuk membangunkan Kuala Terengganu sebagai bandar tebingan sungai.

Taman Tamadun Islam ini terbahagi kepada dua zon: Kompleks Taman Tamadun Islam dan Zon Awam.

Kompleks ini menempatkan 21 replika bangunan berkaitan sejarah Islam dunia.

Kesemua 21 replika masjid termasuk monumen dan tugu dibina pada nisbah skala 1:8 berbanding saiz asal

Tarikan utama di sini termasuk Masjid Negara (Malaysia), Dome of the Rock (Palestin), Masjidil Haram (Arab Saudi), Al-Hambra Citadel (Spain) dan Taj Mahal (India).

Terdapat juga Mimbar Kalyan (Uzbekistan), Makam Abu Nasr (Afghanistan), Mimbar Berputar Samarra (Iraq), Masjid Mohd Ali (Kaherah), Masjid Besar Qairawan (Tunisia), Masjid Besar Agadez (Nigeria), Aleppo Citadel (Syria), Masjid Kul Syarif (Russia) dan Mimbar Xian, China.

Ikon bagi Taman Tamadun Islam ialah Masjid Kristal, yang menjadi mercu tanda baru bagi Kuala Terengganu.

Masjid unik ini diperbuat dari kristal kaca dan besi yang telah dibuka secara rasminya oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada 8 Februari 2008.

Tips

Layari laman web: www.tti.com.my

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man, Losong Panglima Perang 21000 Kuala Terengganu, Terengganu Tel: +609 627 8888

1 comment:

  1. knp mesti didirikan dome of the rock tu?knp x didirikan masjid al-aqsa?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...