Tuesday, July 7, 2009

Nasi Lemak, Jalan 223, PJ



Sekiranya anda terasa hendak makan pada waktu tengah malam dan mahukan jenis makanan yang pelbagai apa kata mencuba singgah di Medan Selera Jalan 223 di belakang Kah Bintang Hyundai Showroom di Jln 222, Petaling Jaya.


Gerai makan yang sentiasa dipenuhi pelanggan khususnya selepas jam 1 pagi ini menawarkan pelbagai jenis makanan panas yang digemari.

Makanan yang paling popular di sini ialah Nasi Lemak panas –berlabel Merah - yang pedas – dibekalkan oleh Gerai Yati No 6 atau Nasi Lemak Panas Suri -berlabel Biru – yang kurang Pedas di bekalkan oleh Gerai Suri No.2.


Nasi lemak yang sememangnya panas ini menjadi tarikan istimewa kepada para pelanggan dan pengunjung gerai makanan 24 jam ini.


Gerai makanan ini juga turut menawarkan pelbagai jenis makanan lain. Jika anda menggemari roti canai apa kata memesan roti canai banjir yang popular di sini.


Anda juga boleh memesan otak-otak panas yang sentiasa tersedia di atas meja tanpa perlu memesananya.

Rasakan juga soup kambing, ayam atau lembu yang tersedia untuk dipesan.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...