Saturday, July 11, 2009

Nasi Lemak A/bangsa @ Bangsar



Nasi Lemak Antarabangsa, NLA adalah di antara nasi lemak paling popular di ibu negara. Pasti ramai yang pernah mencuba makan warung nasi lemak yang terletak di 7C, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru. Seperti nasi lemak yang lain, nasi lemak di sini juga mempunyai telur, kacang dan ikan bilis goreng, timun dan sambal.

Keistimewaan khusus yang terdapat dalam nasi lemak ini ialah kelainan dalam rasa nasi dan sambalnya.




Anda juga boleh menambah lauk mengikut selera anda kerana terdapat pelbagai jenis lauk seperti rendang ayam, sambal sotong, sambal paru dan macam-macam lagi.

Kini setelah lebih 35 tahun berniaga di Kampung Baru, NLA memperluaskan perniagaannya dengan membuka satu lagi cawangan di Jalan Telawi 3 Bangsar. Sebelum ini peminat NLA boleh mendapatkan nasi lemak ini di cawangan di Danau Kota, Ampang Point, Ampang Park, Bandar Tasik Puteri, TTDI Jaya & Rawang.



Ramuan yang digunakan di cawangan-cawangan ini adalah sama dengan apa yang dinikmati di Kampung Baru. Kedai asal yang dibuka sejak 1973 itu masih tetap beroperasi walaupun telah beberapa cafe NLA dibuka di Lembah Klang.

Nasi Lemak ini berharga RM2.95 untuk nasi lemak biasa, RM6.90 – paru goreng, RM6.90 bersambal kerang & RM7.90 bersambal sotong atau udang petai atau ayam.



Menu tambahan yang disediakan di Cafe di Bangsar termasuk mee rebus, mi kari, asam laksa, goreng pisang, kuih tradisional dan rojak buah.



NLA diasaskan oleh Normi Tandoh yan membuka gerai pertamanya di Kg. Baru pada tahun 1973.

1 comment:

  1. Untuk maklumat Premis Nasi Lemak Antarabangsa ini sudah bertukar menjadi Nasi Lemak Tanglin.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...