Thursday, July 9, 2009

Menyusuri Sungai Melaka


Daripada sebatang sungai yang dipenuhi lumpur dan kelodak, dicemari sampah sarap dan bangkai terapung, Sungai Melaka kini sudah berubah wajah sebagai sebuah sungai yang bersih dan indah.




Kini sungai Melaka menjadi destinasi popular yang mesti dilawati apabila berkunjung ke negeri ini.
Bagi pelancung adalah tidak lengkap berkunjung ke Melaka sekiranya tidak menyusuri sungai itu dengan menaiki bot Melaka River Cruise.





Tepi Sungai Melaka dibarisi dengan perkampungan lama dan bangunan-bangunan moden. Perjalanan menyusuri sungai ini memakan masa selama 45 minit dan pasti akan menghiburkan para pelawat sambil diberi penerangan.

Potensi sungai Melaka sebagai aset pelancongan terserlah di sepanjang 4.5 kilometer dari Jambatan Hang Jebat di Taman Rempah hingga ke muaranya di Bandar Hilir, semuanya menjadi kenyataan di bawah projek pengindahan Sungai Melaka yang membabitkan kos lebih RM300 juta, termasuk pembinaan loji rawatan air dan baraj untuk menjernihkan air dan mengawal paras air sungai itu.



Para pelancung yang menaiki bot Melaka River Cruise ternyata begitu teruja melihat keindahan dan kebersihan sungai Melaka.





Tiket yang dikenakan ialah rm5 untuk dewasa dan rm10 ketika hujung minggu. Potongan harga diberikan kepada kanak-kanak.
Cadangan : Usaha berterusan perlu dilakukan bagi memastikan kebersihan Sungai Melaka yang sedia ada. Di samping itu, yang menyusuri Sungai Melaka itu perlu dibekalkan dengan jaket keselamatan sebagai persediaan sekiranya ada perkara yang tidak diingini berlaku.

1 comment:

  1. Melaka mmg cantik terutama waktu malam sbb penuh dgn cahaya lampu... sampai pokok pun diletakkan lampu kesian lah kat pokok tu panas kene cahaya letrik.. apa daa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...