Tuesday, July 14, 2009

Makam Mahsuri


Jika anda ke Langkawi, pastikan singgah ke Makam Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka. Makam itu terletak kira-kira 12 km dari pekan Kuah.


Makam Mahsuri ini berada di dalam Kota Mahsuri yang dilengkapi dengan muzium, teater tradisional, dan beberapa rumah yang mewakili rumah binaan Langkawi yang popular ketika zaman itu.

Rumah Kedah yang didirikan di sini dilaporkan adalah bekas tapak rumah Mahsuri. Selain itu, di sini juga terdapat perigi Mahsuri.



Selain mengetahui tentang lagenda Mahsuri secara jelas, anda juga berpeluang mengenali beberapa peralatan tradisional yang digunakan oleh masyarakat Melayu suatu ketika dahulu. seperti lesung hindik, pengisar tebu ,nyiru, dan gambang.

Makam Mahsuri adalah tempat yang dipercayai di mana Mahsuri binti Pandak Maya dikuburkan di Pulau Langkawi, Kedah.



Di sekitar kawasan kompleks ini terdapat kedai-kedai menjual cenderamata dan gerai-gerai makanan. Terdapat juga pertunjukkan yang memaparkan cara hidup ``Langkawi lama'' seperti cara memproses padi, muzik tradisional serta istiadat `berendoi' untuk tontonan pelancong.



Catatan perjalanan:

Kota Mahsuri dibuka setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 5 petang. Bayaran sebanyak RM5 dikenakan untuk memasuki kota ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...