Friday, July 31, 2009

Promosi Kerja Kahwin '09


Promosi Kerja Kahwin 2009 bermula 26 Jun hingga 6 Julai lalu di Laman Kraf di ibunegara. Ia bertujuan mengetengahkan hasil kraf tempatan dan menggalakkan masyarakat negara ini untuk menggunakannya dalam persiapan perkahwinan.

Ia berjaya dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan KraftanganMalaysia yang berhasrat mengetengahkan hasil kraf tempatan dan menggalakkan masyarakat negara ini untuk menggunakannya dalam persiapan perkahwinan.


Promosi yang dilakukan merangkumi aspek pakaian, gubahan, perhiasan serta makanan.


Turut dipromosikan ialah adat resam perkahwinan kaum-kaum di Malaysia termasuk suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak.

Antara aktiviti yang berlangsung ialah Jualan Produk dan Perkhidmatan Perkahwinan, Pameran Produk Kraf Perkahwinan, Ragam Masakan Pengantin serta persembahan kesenian.

Monday, July 27, 2009

Sarawak Cultural Village


Melawat ke Kampung Budaya Sarawak yang terletak di Pantai Damai Santubong adalah satu kemestian buat pelancong. Kampung budaya ini yang juga digelar 'Muzium Kehidupan' ditubuhkan bagi memelihara dan mempamerkan warisan kebudayaan
dan kesenian Sarawak.

Ia terletak di Pantai Damai, Santubong, 32km dari bandar Kuching. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan.



Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakili setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak seperti rumah panjang bagi orang Iban, Bidayuh dan Orang Ulu, rumah-tinggi Melanau dan rumah ladang orang Cina. Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pelawat boleh berpeluang menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan.


Tips

Persembahan budaya dijadual diadakan dua kali sehari iaitu pada jam 11:30 pagi dan 4:30 petang.


Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: www.scv.com.my.

Saturday, July 25, 2009

Cendol Kuala Pilah


Dalam keadaan panas terik, minuman Cendol adalah di antara cara popular menghilangkan rasa haus. Gerai penjual cendol boleh didapati di kebanyakan pekan dan bandar.

Antara gerai yang popular dengan cendolnya, dan sering menjadi sebutan ramai - pastinya Cendol Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Gerai Cendol milik Abu Backer Sitihiq yang terletak berhadapan stesen bas di Kuala Pilah.

Apa yang menyebabkan ia istimewa kerana gula yang digunakan adalah gula kabung dan bukan gula merah sepertimana yang digunakan penjual cendol lain. Rasanya adalah lebih enak kerana ia tidaklah terlalu manis sepertimana menggunakan gula melaka.

Gerai ini telah diusahakan daripada generasi ke generasi sejak lebih 30 tahun.

Harga Cendol KP

biasa : RM 1.30

kacang : RM 1.30

jagung : RM 1.30

pulut : RM 1.50

ice cream : RM 1.70

4 in 1 : RM 2.30

family size : RM 6.00

Di samping Cendol, Gerai Cendol KP juga turut menawarkan mee rojak untuk pelanggannya.


Gambar :Ehsan Syaiful Ezzwan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...